Pengeluaran Hasil
Seperti yang kita ketahui bahawa, air liur dan sarang burung walet dapat menghasilkan pelbagai produk dan hasil. Daripada sarang burung walet, penghasilan produk seperti jus, minuman kesihatan, kologen kecantikan, jamu, perubatan, makanan seperti sup, dan sebagainya. Ini kerana sarang dan air liur burung walet mengandungi banyak nutrient yang berkhasiat. Seperti, glikoprotein di dalam karbohidrat adalah bahan utama di dalam sarang burung yang juga terkandungnya asid amino dan garam galian. Sarang burung ini juga sangat kaya dengan asid sialic yang banyak membantu untuk perkembangan neurologi dan daya intelek pada bayi. Terdapat 6 mineral yang sudah diketahui seperti kalsium, besi, phospor, kalium dan natrium. Di dalam tubuh, kalsium berperan untuk pembentukan tulang. Sayangnya, mineral dan senyawa penting sarang walet mudah lenyap. Oleh karena itu, Dr. Kong Yun Cheung dari Universiti Hongkong, menyarankan sarang walet tidak perlu di cuci, sebab glikoprotein akan terbuang, toh sup sarang walet tetap menunjukkan manfaat yang baik sebagai ubat.
Kami berhasrat untuk mengeluarkan produk kesihatan berasaskan sarang burung dan air liur burung walet. Ini kerana masayarakat dunia amat mementingkan penjagaan kesihatan dan kecantikan. Kami berhasrat untuk menghasilkan produk kologen kecantikan yang dapat membantu masyarakat wanita. Kami mendapati bahawa kologen yang dihasilkan daripada sarang burung dan air liur burung walet mempunyai banyak kebaikan seperti:
· Dapat melancarkan sistem pernafasan
· Menguatkan sistem ketahanan badan
· Mencerdaskan minda
· Melembabkan kulit
· Membekalkan tenaga
· Menguatkan sendi dan paru-paru
Selain itu, kami juga ingin menghasilkan produk minuman kesihatan, ini kerana kami dapati melalui pemantauan kami, masyarakat Malaysia lebih memilih jus minuman ini kerana, cara dan kaedah membuat air dengan hanya menggunakan jus, air dan gula adalah amat mudah. Khasiat air minuman sarang burung walet dapat membantu dalam penjagaan kesihatan manusia seperti:
· Menghasilkan kkulit yang lebih cantik, licin dan semula
· Menggalakan perkembangan otak serta menguatkan daya ingatan
· Menguatkan penyambungan diantara tisu-tisu
· Menguatkan fungsi jantung serta mengimbangkan tekanan darah
· Bertindak sebagai agen anti oksida bagi mencegah kanser dan anti penuaan
· Membantu mengekalkan kesihatan rambut, sendi tulang serta mencegah osteoporosis
· Mengaktifkan sistem pengimunan, membekalkan tenaga dan mempercepatkan kadar metabolisma badan
· Zat kologen yang terkandung dalam setiap sarang burung walet dapat melancarkan pembuluh darah dan memperbaiki saluran pencernaan.
Bagi produk kologen kecantikan berasaskan kecantikan, kami akan melancarkan produk ini di dalam sebuah bekas yang kami reka dengan khas dan berlabelkan logo kami. Bagi produk minuman pula kami akan mengisi ia didalam sebuah botol yang kami reka khas bagi menarik minat pelanggan untuk membeli produk kami. Rekaan tersebut, dapat apat dilihat pada lampiran kami.
Kemudahan Pemasaran
Secara umunya, pemasaran hasil adalah bergantung kepada pengusaha cara mereka untuk memasarkan produk daripada air liur dan sarang burung walet ini. Setelah kami melakukan beberapa kajian dan perancangan melalui pemantauan dan pemerhatian, kami mendapati produk yang kami akan lancarkan perlu mendapat bantuan dan sokongan daripada kerajaan. Melalui FAMA, kemudahan pemasaran hasil dapat dilakukan bagi memudahkan lagi penjual hasil untuk dilakukan. Terdapat beberapa syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi memperolehi bantuan dari FAMA. Kesemuanya tertakluk kepada terma dan syarat.
PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR PEMASARAN DIPERINGKAT PERUNCITAN
1. PASAR TANI RUNCIT
Pengenalan
Pasar Tani Runcit ditubuhkan untuk mewujudkan luang pasaran bagi golongan petani atau pengeluar supaya mereka boleh memasarkan hasil keluaran mereka terus kepada pengguna. Pasar Tani juga bertindak sebagai medan pertemuan di antara pengeluar dengan pengguna dan telah menjadi institusi pemasaran yang penting dan popular di negara ini.
Tujuan
Meluaskan luang pasaran hasil pertanian. Mengurangkan pergantungan kepada orang tengah. Pendedahan petani kepada proses pemasaran. Meningkatkan pendapatan petani. Medan memperkenalkan barangan keluaran tani atau barangan keluaran baru
Skop Perkhidmatan FAMA
Penyediaan luang perniagaan dalam bidang peruncitan Pembayaran secara mudah bagi pembelian peralatan seperti payung, kanopi, bakul, meja, alas meja dan pakaian seragam. Khidmat urusetia :
· maklumat harga panduan
· pengesahan alat timbang (dengan kerjasama Jabatan Timbang dan Sukat)
· pengesahan berat barangan yang dibeli
· panduan susunatur dan persembahan produk
· promosi produk baru
Kumpulan Sasaran
Semua pengeluar produk hasil pertanian (proses dan segar).
Kelayakan
Umur: 18 - 60 tahun
Kerakyatan Permit: Warnegara Malaysia
Bayaran Tapak: Pemilik tapak dikehendaki membayar yuran tapak sebelum memulakan perniagaan
Bayaran Jualan: Menjual hasil- hasil pertanian/ barang sendiri atau mendapatkan bekalan daripada FAMA
Peniaga makanan: Perlu hadir kursus pengendalian makanan & sedia menerima suntikan demam kepialu (typhoid)
Cara Memohon
Beli borang penyertaan Pasar Tani di pejabat FAMA yang berdekatan dengan harga RM2 setiap satu. Yuran proses sebanyak RM5 setiap permohonan juga akan dikenakan.
Hantar permohonan yang lengkap kepada: Pejabat FAMA yang berdekatan.
2. PASAR TANI KEKAL
Pengenalan
Pasar Tani Kekal adalah satu projek pembangunan yang dijalankan bagi merebut peluang dari kepesatan perubahan dan kemajuan Pasar Tani Runcit. Peserta-peserta Pasar Tani Kekal ditempatkan di bawah satu bumbung dan mereka menjalankan perniagaan setiap hari. Kaedah ini akan meningkatkan kadar urusniaga dan akan mengurangkan masalah pemasaran hasil-hasil pertanian yang dikeluarkan setiap hari. Pasar Tani Kekal akan mengekalkan strategi pemasaran Pasar Tani Runcit dengan memberi tumpuan kepada produk segar dan berkualiti yang dijual pada harga yang berpatutan. Matlamat FAMA adalah untuk menjadikan Pasar Tani Kekal sebagai pasar pilihan pada masa hadapan. Pembangunan Pasar Tani Kekal juga bertujuan melatih golongan pengeluar menjadi pemasar dan pembekal, selain daripada mengajar cara-cara mengurus perniagaan harian dengan lebih sistematik dan komersil. Pasar Tani Kekal memenuhi kehendak pasaran semasa kerana ia menyediakan tempat membeli-belah yang selesa serta menawarkan produk yang terjamin bersih dan selamat. Ia juga dirancang untuk menjadi pusat tarikan pelancong supaya dapat menyediakan luang pasaran yang lebih luas dan menarik.
Skop Perkhidmatan Fama
Menyediakan luang perniagaan di dalam bidang peruncitan. Skim pembayaran mudah bagi pembelian peralatan Pasar Tani seperti payung, kanopi, bakul, meja, alas meja dan pakaian seragam. Khidmat urusetia:
· pendaftaran peserta
· kutipan yuran
· maklumat harga panduan
· pengesahan alat timbang (dengan kerjasama Jabatan Timbang dan Sukat)
· pengesahan berat barangan yang dibeli
· susunatur dan persembahan produk
· kebersihan
· promosi produk baru
Kumpulan Sasaran
Peserta Pasar Tani yang berjaya
Kelayakan
Umur: 18 - 60 tahun
Kerakyatan Permit: Warnegara Malaysia
Bayaran Tapak: Pemilik tapak dikehendaki membayar yuran tapak sebelum memulakan perniagaan
Bayaran Jualan: Menjual hasil- hasil pertanian/ barang sendiri atau mendapatkan bekalan daripada FAMA
Peniaga makanan: Perlu hadir kursus pengendalian makanan & sedia menerima suntikan demam kepialu (typhoid)
Pertukaran permit: Permit perniagaan hanya boleh diberi kepada waris yang sah sahaja tertakluk kepada kelulusan FAMA
Cara Memohon
Beli borang penyertaan Pasar Tani di pejabat FAMA yang berdekatan dengan bayaran RM2 untuk satu borang dan RM5 bagi yuran memproses borang.
3. DESARAYA
Pengenalan
Projek Desaraya mula ditubuhkan pada tahun 1995 di bawah Rancangan Malaysia ke-7 dengan tujuan membangunkan peserta Pasar Tani Runcit yang telah berjaya. Pada ketika itu, pembangunan Pasar Tani mencapai kemuncaknya dengan bilangan 160 buah. Daripada tapak pertamanya di Kuala Kangsar, Perak, Desaraya kini berkembang kepada 14 buah yang bertempat di seluruh negara. Jumlah ini mampu menempatkan 62 orang peserta Pasar Tani dengan purata saiz pasaran sebanyak RM1 juta sebulan. Desaraya merupakan gabungan sekumpulan peserta Pasar Tani di sebuah premis perniagaan kekal untuk menyediakan berbagai barangan jualan seperti yang ditawarkan oleh kedai runcit atau pasar mini. Fungsi utama Desaraya ialah untuk memberi latihan dan pengalaman mengurus perniagaan runcit kepada peserta Pasar Tani, dengan tujuan untuk membentuk mereka sebagai usahawan.
Tujuan
Memudahkan kerja-kerja penggredan, pembungkusan dan amalan pemasaran yang baik melalui kemudahan peralatan yang disediakan di premis perniagaan kekal. Menyumbang kepada dasar kerajaan untuk mewujudan lebih ramai peserta Bumiputera di dalam aktiviti pemasaran hasil pertanian.
Skop Perkhidmatan Fama
Menyediakan luang perniagaan di dalam bidang peruncitan
Khidmat urusetia:
· pendaftaran peserta -kebersihan
· kutipan yuran -promosi produk baru
· maklumat harga panduan -imej yang seragam dari segi papan tanda dan pakaian
· susunatur dan persembahan produk
Kumpulan Sasaran
Semua peserta Pasar Tani yang berkeupayaan dan mempunyai modal yang mencukupi. Usahawan daripada kalangan kategori perniagaan yang berbeza (produk proses, sayur, buah, ikan, daging, barangan runcit) Sekurang-kurangnya dua usahawan dalam satu premis perniagaan.
Kelayakan
Umur: 18 - 60 tahun
Kerakyatan Permit: Warnegara Malaysia
Bayaran Tapak: Pemilik tapak dikehendaki membayar yuran tapak sebelum memulakan perniagaan
Bayaran Jualan: Menjual hasil- hasil pertanian/ barang sendiri atau mendapatkan bekalan daripada FAMA
Peniaga makanan: Perlu hadir kursus pengendalian makanan & sedia menerima suntikan demam kepialu (typhoid)
Pertukaran permit: Permit perniagaan hanya boleh diberi kepada waris yang sah sahaja tertakluk kepada kelulusan FAMA
Cara Memohon
Penyertaan Desaraya dikhaskan untuk peserta Pasar Tani sahaja. Pemilihan peserta akan dibuat oleh FAMA berdasarkan prestasi peserta.
Jadual dibawah menunjukkan harga sarang walet di Negara Indonesia dari tahun ke tahun.
Harga pasaran sarang burung walet
Daripada maklumat yang diperolehi daripada sumber internet dan pengusaha burung walet. Harga sarang burung yang belum diproses berharga di antara RM3,500 hingga RM5,000 sekilo bergantung kepada gred sarang tersebut. Ia adalah sesuatu yang mengembira kepada para usahawan sarang burung walet dianggarkan sekilogram bersamaan 100 hingga 111 keping sarang. Berdasarkan harga jualan di Indonesia, hanya menukarkan mata wang mata kepada Malaysia, maka keuntungan adalah berlipat kali ganda. Maka penjualan hasil burung walid ke Negara Indonesia adalah galakkan.
Kadar tukaran mata wang Malaysia.
Sumber: Bank Negara Malaysia
Pasaran Burung Walit
Di Malaysia, sarang Burung Walit telah menjadi antara eksport komoditi utama pertanian. Sehingga akhir tahun 2007 dianggarkan terdapat lebih dari *20,000 premis burung ini di Malaysia. Adalah dijangka angka ini bertambah seiring dengan pertambahan pengetahuan pengusaha dan orang ramai tentang industri ini. Anggaran harga sarang burung mentah sekilo dipasaran adalah diantara RM3000.00 - RM7500.00 dan boleh mencapai harga antara RM10,000-RM18,000 untuk yang telah siap diproses. Penuaian sarang burung ini juga kini menjadi antara yang terbesar di kalangan negara-negara Asia Tenggara selain Indonesia. Permintaan bagi pasaran sarang burung banyak diterima dari negara-negara asia seperti Taiwan, China, Hong Kong dan Singapura. Sehingga tahun 2007, Malaysia mengeksport lebih 150 tan metrik sarang burung walet dan menyumbang keuntungan sebanyak RM750 juta. Malah sarang burung walet atau aerodramus fuciphagus (edible-nest swiftlet dan black-nest swiftlet atau aerodramus maximus yang terdapat di Malaysia adalah yang terbaik dari segi kualitinya. Malaysia merupakan negara pengeluar sarang burung ketiga terbesar di dunia selepas Indonesia dan Thailand dengan purata lebih 12 tan sarang burung dihasilkan dalam sebulan.
Permintaan harga sarang burung walet di Negara Malaysia.
Jadual dibawah menunjukkan permintaan bentuk hasil yang dapat dilakukan melalui beberapa proses tertentu. Dan setiap hasil yang telah diproses telah dilabelkan mengikut harga yang telah ditetapkan.
Permintaan Bentuk hasil sarang burung walet | Harga berdasarkan bentuk hasil proses sarang burung walet. (RM) |
Sarang burung walet yang belum diproses | Sekilo mencecah RM 3,500 hingga RM 5,000 bergantung kepada gred sarang tersebut. sekilogram dianggarkan bersamaan 100 hingga 111 keping sarang. |
Sarang burung walet yang telah siap diproses | Sekilo mencecah RM 10,000 sehingga RM 18,000. |
Jus minuman sarang burung walet | RM 140 hingga RM 250 dalam kuantiti 750ml. jus ini telah dicampur bersama dengan bahan yang lain. |
Permintaan Melebihi Penawaran
Permintaan Pasaran ke atas sarang burung meliputi seluruh dunia seperti China, Jepun, Amerika dan Eropah dan hanya 20 % - 30 % sahaja permintaan dalam pasaran dunia dapat di penuhi ( 70%-80% PERMINTAAN GAGAL DIPENUHI). Sarang burung walet mempunyai nilai perubatan yang tinggi di kebanyakan negara Asia seperti China, Hong Kong, Singapura, Jepun dan Asia Pasifik. Sarang burung walit di negara ini dikatakan berkualiti tinggi. Ia mendapat sambutan menggalakkan di pasaran China dan Arab. Harganya dilaporkan mencecah RM10,000 sekilogram. Permintaan terhadap sarang burung sangat besar terutamanya daripada negara
China, Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah. Walau bagaimanapun, Hong Kong merupakan negara pembeli sarang burung terbesar iaitu sebanyak 50 peratus manakala China (lapan peratus), Taiwan (empat peratus) dan Macau (tiga peratus) dengan jumlah pengambilan kira - kira 160 tan pada tahun 2006. Setakat ini dengan hanya 20 hingga 30 peratus permintaan global dipenuhi, maka industri tersebut sangat berpotensi besar untuk dimajukan dan dijangka permintaannya akan terus meningkat dengan meningkatnya ekonomi China. Namun begitu tidak ramai yang mengetahui tentang potensi industri sarang burung ini.
Anggaran harga sarang burung walit di pasaran tempatan yang telah diproses mencecah antara RM4,000 sehingga RM6,000 sekilogram bergantung pada gred. Harganya berganda lebih tinggi di China dan Hong Kong.
Harga Sarang Burung Walet Sangat Mahal
Bergantung kepada gred dan jenis sarang Harga pasaran tempatan 1kg = RM 4,500,00 – RM 6,500.00. Pasaran dunia 1kg = RM 6,000,00 – RM 12,000.00. Harga tertinggi RM 12,000,00 – RM 24,000.00.
Sehingga kini, Indonesia pengeluaran terbesar sarang walet ke China, sekitar 80 %, Disusul Malaysia dan Thailand. Semuanya di ekspor ke China dan Hongkong. Harga sarang walet di pasaran mencapai Rp 13.jt / kg di Indonesia. Malaysia merupakan negara pengeluar sarang burung ketiga terbesar di dunia selepas Indonesia dan Thailand dengan purata lebih 12 tan sarang burung dihasilkan dalam sebulan.
Sehingga tahun 2007, Malaysia mengeksport lebih 150 tan metrik sarang burung walet dan menyumbang keuntungan sebanyak RM750 juta.
Sarawak mampu menjana pendapatan lumayan dalam industri sarang burung walet jika ia dilaksanakan secara besar-besaran. Sehingga kini pendapatan tahunan negara dalam industri burung walet mencecah RM1 bilion dengan Pulau Pinang menjadi negeri pengeluar utama diikuti Perak, Melaka dan Johor.
C) Diantara harga burung walet di pasaran iaitu:
MENTAH – RM 4,500.00 – RM 5,500.00
PROSES - RM 6,000.00 - RM 8,000.00
MENTAH - RM 8,000.00 – RM 12,000.00
PROSES - RM 12,000.00 – RM 24,000.00
Permintaan Pemasaran Barang Walet
Permintaan yang tinggi dimana masih terdapat 70% permintaan dunia masih belum dapat dipenuhi. Buat masa ini Malaysia hanya menguasi 20% peratus daripada global dibelakang Indonesia. Sokongan pihak kerajaan dalam Bidang Keberhasilan Utama (KRA) untuk meningkat pengeluaran sarang burung dari 250 ton metrik bernilai 1 billlion pada 2008 kepada 500 ton metrik bernilai 5 billion pada 2020 Permintaan Pasaran ke atas sarang burung meliputi seluruh dunia seperti China, Jepun, Amerika dan Eropah dan hanya 20 % - 30 % sahaja permintaan dalam pasaran dunia dapat di penuhi (70%-80% permintaan gagal dipenuhi).
Harga Sarang Burung Walet Bergantung kepada gred dan jenis sarang:
Harga pasaran tempatan 1kg = RM 4,500,00 – RM 6,500.00
Pasaran dunia 1kg = RM 6,000,00 – RM 12,000.00
Harga tertinggi RM 12,000,00 – RM 24,000.00.
Lebih dari 90 % pengusaha industri sarang burung walet (I.S.B.W) di kuasai oleh bukan bumiputera dan mereka telah lama menikmati keuntungan bernilai berjuta- juta Ringgit Malaysia dan telah menjadi kaya-raya. Pelabur modal hanya sekali sahaja untuk memulakan industri ini dan keuntungan dapat di pungut selama- lamanya. Kerana tanah dan bangunan adalah berbentuk kekal. Keuntungan 80 %- 90 % daripada perolehan merupakan satu kelebihan industri sarang burung walet (I.S.B.W). Keuntungan sebegini tidak terdapat dimana- mana pelaburan yang lain.
Pada masa kini indonesia 60%, Thailand (20%), Malaysia (7%) dan negara lain (13%) merupakan pengeluar utama sarang burung Cuma menyumbang 30% dari permintaan pasaran dunia dan burung walet ini tidak terdapat di tempat lain sedangkan permintaannya bertambah setiap tahun.
Sehingga tahun 2007, Malaysia mengeksport lebih 150 tan metrik sarang burung walet dan menyumbang keuntungan sebanyak RM750 juta. Sarang burung walet kini dijual dengan harga RM3,500 hingga RM4,500 sekilogram bergantung kepada gred dan harga ini dijangka terus meningkat berdasarkan peningkatan permintaan setiap tahun. Malah sarang burung walet atau aerodramus fuciphagus (edible-nest swiftlet dan black-nest swiftlet atau aerodramus maximus yang terdapat di Malaysia adalah yang terbaik dari segi kualitinya. Malaysia merupakan negara pengeluar sarang burung ketiga terbesar di dunia selepas Indonesia dan Thailand dengan purata lebih 12 tan sarang burung dihasilkan dalam sebulan.
Diantara harga burung walet di pasaran iaitu:
Pasaran tempatan:
MENTAH – RM 4,500.00 – RM 5,500.00
PROSES - RM 6,000.00 - RM 8,000.00
Pasaran Antarabangsa;
MENTAH - RM 8,000.00 – RM 12,000.00
PROSES - RM 12,000.00 – RM 24,000.00
Harga Pasaran Umum Sarang Burung Walet di Kota Balikpapan ditetapkan berdasarkan kriteria jenis dan kualitasproduksi sarang burung walet, seperti berikut.
JENIS SARANG BURUNG WALET | KUALITI PRODUK (GRED) | HARGA PER KG (RUPIAH) |
1. Sarang burung walet merah | A | 15,000,000 |
2. Sarang burung walet putihg | B | 10,000,000 |
3. Sarang burung walet hitam | C | 9,000,000 |
Sarawak mampu menjana pendapatan lumayan dalam industri sarang burung walet jika ia dilaksanakan secara besar-besaran. Sehingga kini pendapatan tahunan negara dalam industri burung walet mencecah RM1 bilion dengan Pulau Pinang menjadi negeri pengeluar utama diikuti Perak, Melaka dan Johor.