Friday, September 23, 2011

Pengenalan

Pengenalan
            Jenis projek yang kami akan usahakan adalah Penternakan Burung Walet, dimana penternakan burung wallet ini telah mendapat permintaan yang tinggi di dunia. Secara umumnya bidang penternakan burung walet ini telah mendatangkan untung yang tinggi kepada pengusahanya, dimana harga borong di perlis adalah sekitar Ringgit Malaysia 3,500.00 hingga ke Ringgit Malaysia 10,000.00 sekilogram mengikut gred. Selain itu, permintaan yang tinggi di Hong kong, Taiwan, Cina malah Negara-negara Arab telah menaikan harga sarang burung walet. Burung walet atau nama sainstifiknya adalah Aerodramus Fuciphagus adalah sejenis burung dari keluarga Aerodramus atau dalam bahasa inggeris di panggil Swiflet. Ianya selalu dikaitkan dengan burung layang-layang pada pengetahuan umum. Sebenarnya ianya adalah berbeza dari segi saiz dan rupa bentuk. Perbezaan yang ketara di antara burung walet dan juga burung layang-layang adalah seperti di bawah:
Burung walet
·         berasal dari keluarga Aerodramus, ianya tidak bertenggek, Sarangnya boleh dimakan dan dihasilkan dari kelenjar khas dan mempunyai 7 spesis.
Antara sepsis burung walet:
1.      Collocalia esculenta cyanoptila
2.      Collocalia linchi dodgie
3.      Aerodramus fuciphagus vestitus
4.      Aerodramus fuciphagus amechanus
5.      Aeodramus fuciphagus fuciphagus
6.      Aerodramus maximus lowi
7.      Aerodramus maximus



Burung layang-layang
·         berasal dari keluarga Hirudininae, ianya gemar bertenggek, sarangnya tidak boleh dimakan dan mempunyai 74 spesis.
Daripada 1 keluarga burung Aerodramus ini hanya 2 spesis burung walet yang boleh menghasilkan sarang yang boleh dimakan iaitu :
·         Aerodramus Fuciphagus @ Edible Nest Swiflet
·         Aerodramus Maximus @ Black Nest Swiflet
Habitat asal burung walet ini bermula di dalam gua-gua yang mempunyai kelembapan 80% – 90% dengan suhu sekitar antara 26 ke 31 darjah Celcius. Selalu terbang tinggi pada ketinggian 1500 kaki dari paras laut dan ianya hidup berpasang-pasangan betina dan jantan. Anak burung walet yang baru menetas akan buta selama 20 hari dan pada umur 7 hingga 9 hari ia akan mula memakan serangga dan mula minum pada umur 10 hari.  Semasa usia ini ia juga di panggil Nestling dan akan diasuh oleh ibunya sehingga 5 minggu di dalam sarang. Anak burung walet ini akan mula meninggalkan sarang pada usia 3 bulan dan pada ketika ini di panggil Fledging. Burung walet hanya memakan serangga ketika ianya terbang oleh kerana ia tidak dapat bertenggek dan sama juga ketika minum dan juga mengawan. Apabila waktu senja, burung walet akan pulang ke sarangnya untuk berehat, bertelur dan memberi makan dan minum kepada anaknya.







Ciri-Ciri Sarang Burung Walet
Sarang burung walet dihasilkan oleh burung walet yang mempunyai kelenjar istimewa bersebelahan kelenjar air liur. Apabila terdedah kepada udara ianya akan mengeras. Secara asasnya terdapat lima warna sarang burung dan kualiti dari yang tertinggi kepada terendah adalah seperti berikut:
1.         Sarang darah atau merah
2.         Sarang perak
3.         Sarang putih
4.         Sarang kuning
5.         Sarang bulu
Kami memilih projek penternakan burung walet adalah disebabkan beberapa faktor iaitu:
1.      Nutrisi Sarang Burung Walet
Glikoprotein di dalam karbohidrat adalah bahan utama di dalam sarang burung yang juga terkandungnya asid amino dan garam galian. Sarang burung ini juga sangat kaya dengan asid sialic yang banyak membantu untuk perkembangan neurologi dan daya intelek pada bayi.
Asid amino dan garam galian adlah antara komponen terpenting di dalam sarang burung walet. Tiga asid amino yang ditemui adalah asid amino tidak perlu iaitu asid aspartik, glutamik dan praline manakala dua lagi adalah asid amino perlu iaitu threonin dan valine. Ianya sangat membantu di dalam memudahkan fungsi normal badan seperti daya pertahanan dan pembaikan tisu.
Ada 6 mineral yang sudah diketahui seperti kalsium, besi, phospor, kalium dan natrium. Di dalam tubuh, kalsium berperan untuk pembentukan tulang. Sayangnya, mineral dan senyawa penting sarang walet mudah lenyap. Oleh karena itu, Dr. Kong Yun Cheung dari Universiti Hongkong, menyarankan sarang walet tidak perlu di cuci, sebab glikoprotein akan terbuang, toh sup sarang walet tetap menunjukkan manfaat yang baik sebagai ubat.
2.      Potensi Besar Industri Burung Walet
Industri burung walet yang memiliki potensi besar dalam pasaran menjadi antara pilihan usahawan hari ini. Jika diimbas kembali dari segi sejarah, penuaian sarang burung walet dari gua-gua secara komersial bermula sejak 100 tahun dahulu di Malaysia. Hasil tuaian pertama adalah di Gua Niah, Sarawak pada 1878. Bermula dari hutan ke desa dan bermastautin di bandar, industri burung walet semakin berkembang memandangkan ia mendapat permintaan tinggi kerana kandungan khasiatnya yang tinggi. Ini mendorong Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menggalakkan lebih ramai usahawan terlibat dengan industri burung walet ini. Bagaimanapun, mereka perlu diberi persediaan awal sebelum menceburi industri ini termasuk garis panduan dan spesifikasi model penternakan berskala kecil dan besar serta keperluan-keperluan lain.
3.      Hasil dan produk yang dapat dihasilkan daripada sarang burung walet.
Burung walet menghasilkan air liur yang mengadungi banya khasiat, air liur yang basah dan masih lagi melekat pada sarang burungnya dapat diambil dengan malalui proses ekstrak. Selain itu, sarang burung walet itu sendiri juga mendatangkan banyak khasiat kepada kesihatan manusia, terdapat azitothymidine didalam air liur yang dapat melawan penyakit AIDS. Malahan, sarang walet merupakan sumber asam amino yang lengkap. Tercatat 17 asam amino esensial, semi esesnsial dan non-esensial yang dimiliki. Salah satu daripada amino asid ini telah digunakan oleh saintis-saintis di Negara barat sabagai ubat untuk melawan penyakit strok dan kanser. Tambahan pula, mineral-mineral terdapat pada sarang walet juga turut membantu dalam membekalkan ion didalam badan manusia. Daripada sarang burung walet, penghasilan produk seperti jus, minuman kesihatan, kologen kecantikan, jamu, perubatan, makanan seperti sup, dan sebagainya. selain itu juga sarang burung walet mengandung protein yang berbentuk glikoprotein yang merupakan komponen terbesar selain karbohidrat, lemak, dan air. Jumlahnya mencapai 50 peratus. Di dalam tubuh, protein berperan sebagai zat pembangunan. Ia membentuk sel – sel dan jaringan baru serta berperanan aktif selama metabolisme protein ikatan lebih kompleks dari pada protein nabati.


4.      Bantuan Dari kerajaan
Kerajaan membentangkan bajet 2011, dengan memperuntukkan sebanyak RM 135 juta dalam Mengalakkan industri pertanian yang bernilai tinggi seperti Industri burung walet, akuakultur, rumpai laut, ikan hiasan, herba dan rempah ratus. Dengan itu, kami mendapati bahawa industri burung walet di Malaysia semakin berkembang lebih-lebih lagi disokong oleh kerajaan Malaysia sendiri. Kami juga boleh lihat lebih ramai penduduk tempatan  mula berminat untuk menceburi bidang ini. Industri ini memerlukan ilmu yang mendalam walaupun kami perhatikan bahawa ramai yang mengangap industri ini senang diceburi dan senang memungut keuntungan. Tetapi disebaliknya. Statistik  menunjukkan bahawa 70% rumah burung walet di Malaysia gagal. Kami telah melakukan beberapa pemantauan bagi memperolehi maklumat penternakan burung walet dengan lebih mendalam sebelum memulakan penternakan ini. Kami juga telah melakukan beberapa kajian dan perancangan bagi mengelak kesulitan dan masalah yang bakal kami hadapi.
5.      Bajet pengurusan Burung Walet
Secara umumnya, bajet pengurusan burung walet ini juga adalah berdasarkan perancangan dan pelan sesuatu projek. Kami telah melakukan beberapa kajian dan pemantauan dan mendapati bahawa bajet untuk penternakan burung adalah  pada ketika ini rata-rata mengatakan kos untuk membina rumah burung boleh mencecah sehingga RM 250,000.00 ke RM 350,000.00. Sebuah bangunan rumah burung 20' x 60' x 3.5 tingkat (ketinggian 12') berharga RM 320,000 (tanah sendiri). Bangunan rumah burung 20' x 60' x 2.5 tingkat (ketinggian 12') berharga RM 230,000 (tanah sendiri).

6.      Keuntungan yang tinggi dalam melakukan penternakan burung walet
Potensi Pendapatan
Carta di bawah hanyalah potensi pendapatan berdasarkan harga rm4500 / kg dan akan berubah mengikut kuantiti hasil dan harga pasaran semasa. Boleh merujuk pada lampiran. 
Industri Burung Walet adalah merupakan antara satu bentuk pelaburan terbaik di dunia yang menghasilkan produk 'alam semulajadi' 10 termahal di dunia dan terbukti telah menjanjikan pendapatan yang lumayan.
Anda boleh membeli unit pemilikan/perkongsian secara berkelompok ataupun individu.
Anggaran Hasil Pendapatan:
1 unit perkongsian = RM 500 sebulan,
2 unit perkongsian = RM 1000 sebulan,
10 unit perkongsian = RM 5000 sebulan,
100 unit = RM 60,000 ke atas sebulan
Antara faktor-faktor yang menguatkan 'kenyataan' di atas :
  1)  Modal hanya sekali sahaja dan pendapatan adalah berterusan
  2)  Kos penyelenggaraan yang minima
  3)  Terbukti menguntungkan sejak 100 tahun yang lalu
  4)  Permintaan stabil (30% shj permintaan dunia dapat dipenuhi)
  5)  Tiada kos makanan untuk burung (cari makan sendiri)
  6)  Harga yang tinggi, sarang yang belum proses (RM4k-RM6k)
        Sarang yang sudah diproses antara RM12k-RM20k
  7)  Pekerja tidak diperlukan (hanya sebulan sekali sahaja)
  8)  Mendapat sokongan dan pengiktirafan kerajaan
  9)  Risiko yang minima (konsultan yang berpengalaman)
10)  Pendapatan stabil setiap bulan setelah matang
Objektif
1.      Untuk memperkasakan bumiputera dalam industri burung walet
2.      Untuk membentuk pasaran baru didalam dan diluar Negara
3.      Untuk mengetahui khasiat air liur burung walet dengan lebih mendalam
4.      Untuk menarik minat masyarakat tempatan dalam mengusahakan industri burung walet.
5.      Untuk mengetahui hasil olahan produk dari pengusahaan sarang burung walet.
6.      Untuk mengetahui jumlah permintan pasaran burng walet.


No comments:

Post a Comment